Komputer desktop Acer Nitro 50 diumumkan buat pertama kalinya di acara Next@Acer di New York beberapa bulan dahulu. Spesifikasinya termasuklah CPU Intel generasi kelapan dan juga kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1050.
Terkini, nampaknya terdapat sebuah spesifikasi baru komputer Acer Nitro 50 ini, dan ia nampaknya hadir dengan sebuah CPU AMD Ryzen generasi kedua yang belum diumumkan lagi.
Spesifikasi yang tertiris tersebut termasuklah penggunaan CPU AMD Ryzen 5 2500X, memori DDR4 sebanyak 8GB dan juga kad grafik AMD Radeon RX580, bersama-sama dengan storan SSD 256GB dan cakera keras 1TB.
Butiran tersebut juga dilihat mengesahkan jumlah teras dan kelajuan asas CPU tersebut, yang ditetapkan pada 4 teras fizikal dan 3.6GHz. Jika dilihat pada model-model CPU AMD Ryzen yang lain yang mempunyai konfigurasi yang sama, ia juga boleh dikatakan bahawa CPU ini juga hadir dengan 16 bebenang kuasa.