Samsung Sedang Membangunkan GPU Rekaan Sendiri Yang Boleh Menandingi Apple

Samsung Sedang Membangunkan GPU Rekaan Sendiri Yang Boleh Menandingi Apple

Diterbitkan pada July 25, 2018 oleh .

Kualiti grafik permua pada peranti pintar kini hampir menyamai yang dilihat pada konsol. Kepopularan permua kini semakin meningkat dan menjana jutaan Dollar setiap kepada pembangun. Oleh itu GPU pada telefon pintar kini semakin berkuasa. Menurut laporan EE Times, Samsung sedang membangunkan GPU rekaan sendiri yang bukan sahaja boleh digunakan pada peranti pintar tetapi pada adikomputer.

GPU keluaran Samsung ini ialah yang pertama menggunakan rekaan baru sejak sedekad yang lalu. Ia dipercayai akan pertama kali digunakan pada pemproses Exynos keluaran Samsung. Selama ini Samsung menggunakan GPU Mali keluaran ARM pada kesemua pemproses mereka.

Chien-Ping Lu yang pernah bertugas di NVIDIA dan MediaTek bertanggungjawab membangunkan GPU generasi terbaru ini. Kemampuan grafiknya dipercayai akan meletakkan cip Samsung setanding dengan cip mudah alih keluaran Apple yang kini adalah yang paling berkuasa di pasaran.


TIPS & ULASAN