Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia kini dilihat telah hadir dengan sebuah akaun Twitter rasmi yang baru, dinamakan @MCMCReact. Melalui akaun baru ini, SKMM memfokuskan untuk respon kepada aduan daripada para pengguna berkaitan hal-hal melibatkan suruhanjaya berkenaan – termasuk berkaitan talian telekomunikasi, internet dan sebagainya.
Bagi anda yang menggunakan Twitter, kini anda turut boleh mengikut @MCMCReact ini dan terus menghubungi mereka, termasuk dapatkan nombor aduan melalui laman sosial berkenaan.
Selain daripada Twitter, pihak SKMM turut menyediakan aduan melalui saluran WhatsApp pada talian 0162206262.
Ikuti @MCMCReact di Twitter