Cari @ Amanz

Xiaomi Malaysia bakal berkongsi lanjut mengenai penawaran Xiaomi Mi A2 di Malaysia secara rasminya pada minggu hadapan. Menariknya, kini peranti berkenaan telah pun disenaraikan pada kedai rasmi Xiaomi di Lazada, memperlihatkan ia membawakan tanda harga RM1199.

Model yang disenaraikan ini adalah dengan 6GB RAM dan juga 128GB storan – sekaligus menjadikan harganya agak menarik untuk pengguna yang inginkan peranti Android One.

Xiaomi Mi A2

Xiaomi Mi A2 hadir dengan skrin 5.99-inci dengan nisbah skrin 18:9, dijana cip Snapdragon 660, memori 6GB RAM, dan storan 128GB. Ia turut menyertakan dwi-kamera belakang gabungan 12MP + 20MP, selain kamera swafoto 20MP dengan sokongan pencahayaan lembut.

Ia menggunakan Android 8.1 Oreo tanpa sebarang penambahan antaramuka, dan menjanjikan kemaskini perisian pantas.

Jadi, pada harga RM1199, adakah telefon pintar Mi A2 ini berbaloi?

Terima kasih Pang untuk tips.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd