Apple Memfailkan Sistem Kamera iPhone Yang Menyegerak Dengan Lensa Tambahan

Apple Memfailkan Sistem Kamera iPhone Yang Menyegerak Dengan Lensa Tambahan

Diterbitkan pada July 26, 2018 oleh .

Lensa tambahan pada telefon pintar sudah wujud bertahun lamanya. Ia dengan mudah boleh diklip kepada tubuh peranti bagi memberikan sudut pandangan lebar, sokongan penuras cahaya dan juga makro. Dengan penggunaan lensa tambahan, gambar yang diambil akan kelihatan lebih profesional. Apple telah memfailkan sebuah paten yang membolehkan sensor kamera iPhone menyegerak (sync) dengan lensa tambahan yang dipasang.

Paten difailkan pada tahun 2016 dan menunjukkan sensor kamera yang terlebih dahulu mengesan lensa tambahan dipasang dengan sempurna. Kemudian perisian akan mengesan perubahan yang berlaku dengan penambahan lensa. Sistem mekanikal menggerakkan sensor kamera bagi memastikan kualiti gambar yang diambil adalah pada tahap optimum. Ini sekaligus mempertingkatkan kemampuan mengambil gambar menggunakan iPhone dan iPad di masa hadapan.


TIPS & ULASAN