News Feed Pada Google Assistant Kini Semakin Pintar

News Feed Pada Google Assistant Kini Semakin Pintar

Diterbitkan pada July 25, 2018 oleh .

Google Assistant tidak dinafikan adalah antara pembantu maya yang popular. Ia hadir buat mana-mana telefon Android dan juga pembesar suara pintar. Terkini, bahagian “News Feed” Google Assistant akan menjadi semakin pintar – selepas Google melancarkan alatan untuk membenarkan penerbit berita, mengintegrasikan berita mereka secara terus dari sumber asli.

Contoh yang Google berikan adalah “Hey, Google what’s the latest news on NASA?”. Google Assistant akan terus baca beberapa petikan daripada sumber asal berita. Google kemudiannya akan terus beri cadangan untuk membaca berita seterusnya dan terus memberi pautan kepada peranti pengguna.

Seperti biasa, disebabkan perkara ini masih baru – oleh itu hanya bahasa Inggeris sahaja yang disokong. Tidak mustahil suatu hari nanti Google akan mula menyokong bahasa Melayu. Seperti yang mereka telah buat pada Google Maps dan juga Google Translate.

Mungkin suatu hari nanti anda boleh cuba “Hey, Google apakah berita terkini dari Amanz?”


TIPS & ULASAN