Pada hari ini, terdapat beberapa laman web yang memainkan audio atau video secara automatik – sekaligus kadang-kala membuatkan pengguna terkejut. Beberapa pelayar web sebelum ini telah menyertakan sokongan untuk menghalang audio dimainkan secara automatik, dan kini Mozilla dijangka melakukan perkara sama melalui Firefox.
Melalui Firefox Nightly, kini Mozilla telah mula menguji pilihan untuk membisukan audio daripada dimainkan secara automatik.
Daripada demo yang dipertontonkan, pengguna boleh menetapkan pilihan pada halaman tetapan sama ada untuk meminta kebenaran terlebih dahulu, atau menghalangnya secara automatik.
Buat masa ini, ciri ini masih diuji pada peringkat Firefox Nightly, dan mungkin mengambil masa beberapa minggu sebelum diimplementasikan pada versi Firefox stabil.
We are adding the ability to block and configure autoplaying videos with sound in Firefox, can check it out in @FirefoxNightly today (comments welcome) pic.twitter.com/k9K9hQC9Ye
— Dale Harvey (@daleharvey) July 21, 2018