Cari @ Amanz

Pada tahun 2013, avatar berbeza diberikan untuk kegunaan profil pengguna Netflix. Semalam platform penstriman video ini memberikan lebih banyak pilihan avatar baru yang berasaskan siri-siri popular yang boleh distrim menerusi platform mereka.

Avatar asal yang digunakan sebelum ini turut dikemaskini dengan lebih banyak warna dan juga kelihatan lebih ceria. Antara avatar watak yang diberikan ialah dari siri Orange Is The New Black, Stranger Things, The Defenders, Okja dan banyak lagi. Sebelum ini ramai pengguna merungut jumlah pilihan avatar profil adalah terhad. Pihak Netflix walau bagaimanapun masih belum membenarkan pengguna memuat naik wajah sendiri untuk digunakan pada profil peribadi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd