Cari @ Amanz

Semasa dilancarkan dua hari yang lalu, Xiaomi Mi A2 hanya disenaraikan mengecas pada kadar 10W (5V/2A) yang tidak lagi boleh dikategorikan sebagai pengecasan pantas. Tetapi menurut laporan Android Central, peranti ini disahkan sebenarnya menyokong format pengecasan QuickCharge 3.0 yang mengecas pada kadar maksimum 18W.

Ini sedikit sebanyak mengurangkan kekecewaan pengguna yang merasakan pengecasan panta kini perlu pada peranti kelas pertengahan. Pemproses Snapdragon 660 yang digunakan pada telefon pintar ini sebenarnya menyokong QuickCharge 4.0.

Menarik sekali QuickCharge 4.0 hanya akan disokong pada Mi A2 yang dijual untuk pasaran India. Xiaomi Mi 6X yang merupakan Mi A2 untuk pasaran China pula menyokong QuickCharge 3.0.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd