Samsung Menghasilkan Panel OLED Tahan Pecah

Samsung Menghasilkan Panel OLED Tahan Pecah

Diterbitkan pada July 26, 2018 oleh .

Skrin pada telefon pintar semakin hari semakin besar. Dengan penggunaan rekaan nirbingkai, skrin kaca peranti kini boleh melangkaui 90% luas permukaan hadapan peranti. Oleh itu kebarangkalian ia retak sekiranya terjatuh juga semakin meningkat. Kos menggantikannya pula adalah amat tinggi. Samsung mengumumkan panel OLED yang tahan pecah mereka hari ini.

Panel OLED boleh lentur ini telah diuji di makmal Underwriters Laboratory. Skrin masih berfungsi selepas terjatuh dari ketinggian 1.4 meter sebanyak 26 kali. Dalam ujian jatuhan 1.8 meter pula, tiada sebarang kerosakan dan cela dilihat pada skrin. Ini meletakkan lebih tahan pecah berbanding Gorilla Glass 6 yang tahan pecah apabila jatuh dari ketinggian 1 meter sebanyak 15 kali.

Bagi menghasilkan OLED tahan pecah ini, substrat plastik digunakan bagi menggantikan kaca. Samsung mensasarkan kegunaan panel ini pada peranti pintar, ketenteraan, konsol mudah alih dan tablet untuk kegunaan di dalam kelas.


TIPS & ULASAN