Carian
iPhone 2018 Dengan Skrin LCD Mungkin Dilancarkan Sebulan Lewat Berbanding Versi OLED
July 26, 2018 Effi Saharudin

Tahun ini Apple dipercayai akan melancarkan tiga model baharu dengan dua berpanel OLED dan satu dengan panel LCD. iPhone 2018 dengan skrin 6.1″ LCD ini akan menjadi model yang paling mampu milik tetapi mempunyai rekaan nirbingkai serta sistem Face ID. Penganalisa dari Morgan Stanley kini mengatakan jualan model ini mungkin lewat sebulan berbanding model OLED.

Menurut kajian mereka, terdapat kelewatan kerana masalah ketirisan cahaya pada panel LCD yang sedang dihasilkan. Masalah yang sama tidak wujud pada panel OLED kerana pengalaman menghasilkannya untuk iPhone X tahun lalu. Tidak seperti iPhone 8 dan 8 Plus, iPhone 2018 berskrin LCD akan mempunyai bezel yang bersaiz kecil dan ini tidak pernah digunakan oleh Apple sebelum ini. Jadi kepada mereka yang menantikan model dengan skrin LCD, mereka hanya perlu menunggu sebulan lebih lama.

Komen