Set Fon Telinga Nirwayar Vulcan Dihasilkan Buat Peminat Star Trek

Set Fon Telinga Nirwayar Vulcan Dihasilkan Buat Peminat Star Trek

Diterbitkan pada July 26, 2018 oleh .

Beam Me Up, Scotty!” Jika anda kenal kata frasa ini – ini bermakna anda adalah peminat Star Trek. Tetapi jika tiada Captain Spock dalam filem ini, filem Star Trek pasti tidak begitu menarik. Oleh itu, jika anda adalah peminat Duta Persekutuan – Captain Spock, anda boleh gunakan set fon telinga nirwayar Vulcan yang baru dilancarkan ini.

Set fon telinga nirwayar Vulcan ini hadir dengan alat kawalan terbina yang turut berfungsi sebagai mikrofon. Ia menggunakan Bluetooth 4.0, bateri 90mAh yang tahan sehingga 5 jam dengan pengecasan penuh selama 2 jam. Turut disertakan adalah pengganti eartips dan kabel mikroUSB untuk mengecas.

Ia adakah aksesori berlesen dan dijual oleh ThinkGeek. Harga dijual adalah $39.99 (~RM162) sahaja.


TIPS & ULASAN