Harga Jualan Oppo F7 Dan F7 Youth Dikemaskini – Kini Bermula dari RM999
Artikel Berkaitan

Harga Jualan Oppo F7 Dan F7 Youth Dikemaskini – Kini Bermula dari RM999

Diterbitkan pada July 26, 2018 oleh .

Pasca GST sifar harga jualan telefon pintar di seluruh negara turun secara serentak. Kita kini hampir ke bulan Ogos dan Oppo sekali lagi menurunkan harga jualan peranti mereka. Kali ini tiba giliran Oppo F7 dan Oppo F7 Youth pula menerima potongan harga yang menarik.

Oppo F7 4GB/64GB kini boleh dibeli pada harga RM 1099 berbanding harga jualan asal RM 1399. Oppo F7 Youth pula boleh dibeli pada harga RM999 berbanding harga jualan asal RM1099. Ini adalah potongan harga yang pantas walaupun F7 Youth baru dilancarkan di Malaysia pada 11 Jun lalu. Harga jualan baharu ini ditawarkan menerusi kedai atas talian rasmi dan kedai konsep mereka di seluruh negara.

Oppo F7 dilengkapi skrin 6.23-inci FHD+, cip MediaTek Helio P60, memori 4GB RAM,storan 64GB, kamera belakang 13-megapixel f/2.2, kamera swafoto 8-megapixel f/2.2, dan bateri berkapasiti 3400 mAh.

Oppo F7 Youth pula berspesifikasi sedikit rendah dengan skrin 6-inci FHD+, cip MediaTek Helio P60, memori 4GB RAM,storan 64GB, kamera belakang 16-megapixel f/1.8, kamera swafoto 25-megapixel f/2.0, dan bateri berkapasiti 3410mAh.


TIPS & ULASAN