Avaya Tampil Dengan Platform IP Office Yang Menyokong Operasi Digital Perniagaan

Avaya Tampil Dengan Platform IP Office Yang Menyokong Operasi Digital Perniagaan

Diterbitkan pada Ogos 2, 2018 oleh .

Selaku pembekal global Perisian Komunikasi & Perkhidmatan Digital, Avaya telah mendedahkan pandangan baru berkenaan trend teknologi baru yang muncul di Malaysia menerusi Kajian Global bersama International Data Corporation (IDC) mengenai Transformasi Digital (DX) negara.

Berdasarkan statistik Bank Dunia dan Haver Analytics, pertumbuhan KDNK yang diunjurkan Malaysia adalah sebanyak 4.5% bagi 2018-2019. Terdapat pertumbuhan mantap dalam Perbelanjaan IT Tahunan  sebanyak 5.6% (Penyelidikan IDC) dan anggaran perbelanjaan $10 bilion (~RM 40.7 bilion) pada tahun 2021 untuk produk dan perkhidmatan digital (IDC Financial Insights) di negara. Berikutan itu, cabaran yang perlu dilalui pengguna IT adalah mengekalkan tekanan kos serta kekurangan pengetahuan infrastruktur seperti menganalisis data.

Bersama Sami Ammous, Pengarah Urusan ASEAN, Avaya kini tampil memperkenalkan platform IP Office mereka yang menawarkan pelbagai manfaat transformasi digital pada skala yang lebih kecil merangkumi penglibatan pelanggan yang lebih baik. Avaya turut menawarkan teknologi berasaskan awan kepada perusahaan kecil untuk berkembang mengikut keperluan mereka. Ini juga dapat menghapuskan pelaburan modal yang besar sekaligus membolehkan mereka mendapat manfaat dengan cepat.

Avaya memainkan peranan penting dalam ekosistem digital dengan membantu syarikat-syarikat atau Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk mengekalkan daya saing pasaran. Ini membolehkan penggunaan teknologi baru seperti kecerdasan buatan dan peranti berhubung dilakukan. Dengan ini, mereka dapat mencipta nilai perniagaan melalui pelbagai cara termasuk komunikasi yang lebih berkesan dalam operasi perusahaan.

Melalui pendedahan tahap teknologi negara yang dibuat, kita dapat melihat konteks yang Avaya ingin lakukan, untuk meramalkan keutamaan pengguna dengan menawarkan pengalaman yang lebih peribadi kepada perniagaan.


TIPS & ULASAN