Carian
Kini, Lebih 2.5 Bilion Pengguna Menggunakan Produk Facebook
July 26, 2018 Aman

Facebook nampaknya terus mengukuhkan kedudukan dalam arena perkhidmatan sosial, dimana hari ini Facebook mengumumkan yang mana lebih 2.5 bilion pengguna menggunakan sekurang-kurangnya salah satu perkhidmatan mereka pada bulan Jun yang lepas.

Perkhidmatan ini terdiri daripada Facebook, Instagram, WhatsApp ataupun Messenger. Ia juga menarik untuk melihat Facebook membuat pengiraan berdasarkan angka pengguna, dan bukannya angka pendaftaran akaun – memandangkan kadang-kala seseorang mempunyai akaun pada ke empat-empat perkhidmatan sosial berkenaan.

Dengan angka 2.5 bilion ini, ia boleh dikatakan Facebook masih terus menambah pengguna baru dibawah mereka – terutamanya melalui aplikasi Instagram dan WhatsApp yang memperlihatkan peningkatan tinggi berbanding laman sosial Facebook sendiri.

Facebook juga dilihat ingin hadir dengan beberapa kaedah baru untuk terus menambah pengguna baru ke platform mereka, termasuk menggunakan satelit untuk memancarkan internet ke kawasan pedalaman.

Komen