Google Akan Menjual Kunci Keselamatan Perkakasan Untuk Pengesahan Dwi-Faktor Lebih Terjamin

Google Akan Menjual Kunci Keselamatan Perkakasan Untuk Pengesahan Dwi-Faktor Lebih Terjamin

Diterbitkan pada July 26, 2018 oleh .

Akaun emel dan media sosial kini menjadi identiti penting individu yang hidup di abad ke-21. Sekiranya akaun dicuri, pelbagai identiti pengguna boleh disalahgunakan oleh insan yang tidak bertanggungjawab. Oleh itu sistem pengesahan dwi-faktor amat kami sarankan digunakan oleh pembaca Amanz. Tetapi sistem ini masih belum seratus peratus mampu menghalang akaun dari dicuri.

Oleh itu penggunaan kunci keselamatan perkakasan digunakan oleh firma besar seperti Google bagi meningkatkan keselamatan ketika melog masuk. Tahun lalu kesemua 85,000 kakitangan Google tidak mengalami masalah akaun digodam kerana penggunaan kunci keselamatan perkakasan. Ini mendorong mereka untuk menjual Titan Security Key untuk pelanggan Google Cloud sebelum ditawarkan kepada orang ramai. Kunci fizikal ini berfungsi secara NFC, Bluetooth dan sambungan USB bagi mengesahkan identiti pengguna.


TIPS & ULASAN