Pada minggu lepas, Mi Max 3 telah pun dilancarkan. Ia adalah phablet 6.9-inci terbaru dari Xiaomi. Dijana dengan cip Snapdragon 636, tetapan kamera dwi-lensa dan juga kuasa bateri sebesah 5500mAh. Tetapi sebelum, ini variasi “Pro” Mi Max 3 turut tersenarai – cuma kali ini disahkan ianya tidak akan dilancarkan.
Melalui laman Weibo Zhi Zhiyuan, iaitu Pengarah Pemasaran Produk Xiaomi – Mi Max 3 Pro tidak akan dilancarkan. Tiada butiran jelas yang diberikan dan sebab apa ia dibatalkan.
Tetapi, peminat phablet Xiaomi tidak perlu khuatir. Snapdragon 636 sudah pun mempunyai kuasa yang cukup untuk tugasan harian, penjimatan bateri atau juga bermain permua. Cip ini sudah cukup efisyen, selain daripada harga yang berpatutan. Sama-sama kita nantikan kehadirannya di Malaysia akan datang.