Carian
Siri Tewas Dengan Google Assistant Dalam Ujian IQ
July 26, 2018 Fahim Zahar

Lebih kurang empat bulan lalu, telah kami laporkan di mana Siri adalah pembantu maya yang paling corot berbanding Google Assistant. Terkini dalam ujian IQ, Siri terbukti lagi memang tidak sehebat dan sepintar Google Assistant.

Ujian IQ ini diuji berdasarkan soalan yang pembantu maya itu faham dan peratusan jawapan yang tepat dijawab. Sebanyak 800 soalan ditanya dan sebanyak 86% mampu dijawan oleh Google Assistant, Siri pada 79%, Alexapada 61% dan Cortana pada 52%.

Daripada ujian ini, Google Assistant jelas hebat kerana memahami kesemua 800 soalan. Siri tidak memahami sebanyak 11 soalan, Alexa pula 13 soalan, manakala Cortana tidak memahami 19 soalan.

Nampaknya, pembantu maya yang dibangunkan oleh Apple ini masih tidak lagi mampu menandingi kehebatan pembantu maya Google Assistant.

Komen