Microsoft Memperlihatkan Perubahan Baru Untuk Binaan Terbaru Sistem Operasi Windows 10 2019

Microsoft Memperlihatkan Perubahan Baru Untuk Binaan Terbaru Sistem Operasi Windows 10 2019

Diterbitkan pada July 26, 2018 oleh .

Sistem operasi Windows 10 ialah sebuah sistem operasi dimana pihak Microsoft akan memperkenalkan kemaskini berkala untuk memastikan bahawa pengguna tidak perlu lagi membeli sistem operasi baru setiap beberapa tahun.

Baru-baru ini, Microsoft telah memperlihatkan beberapa perubahan baru yang bakal hadir pada kemaskini Windows 10 Redstone 5 melalui binaan Windows Insider terbaru mereka. Perubahan yang diperlihatkan pada sistem operasi tersebut merangkumi beberapa ciri-ciri seperti sokongan peranti realiti gabungan, Microsoft Edge dan juga emoji baru.

Microsoft telah memperkenalkan ciri Flashlight untuk pengguna peranti realiti gabungan, dimana pengguna tidak perlu membuka peranti tersebut untuk mencari benda-benda seperti segelas air ataupun telefon apabila mereka perlu. Kamera bahagian hadapan peranti tersebut akan memancarkan kawasan persekitaran untuk memudahkan anda mendapatkan apa yang anda perlukan.

Pelayar web Microsoft Edge juga memperlihatkan beberapa ciri-ciri baru seperti polisi pengawalan berkumpulan untuk pelayar web tersebut, dimana penyelia IT pejabat boleh menetapkan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh para pekerja melalui pelayar web tersebut. Ini termasuklah tetapan seperti penggunaan mod skrin penuh, alamat laman utama, pemalam dan sebagainya.

 

Dengan binaan terbaru ini, Microsoft juga memperlihatkan beberapa emoji baru yang akan digunakan pada binaan Windows 10 2019 kelak. Pada binaan Windows Insider terbaru tersebut, Microsoft menunjukkan 157 emoji baru, termasuklah emoji adiwira, bendera lanun dan sebagainya. Beberapa emoji sedia ada juga menerima kemaskini rekaan baru yang membuatkannya kelihatan lebih menarik.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, binaan Windows 10 baru ini boleh dilihat melalui kemaskini Windows Insider dan Fast Ring terbaru, manakala versi penuh Windows 10 2019 yang diberikan nama kod 19H1 ini sekitar penghujung tahun ini.


TIPS & ULASAN