Cari @ Amanz

Selain penawaran cip pemprosesan untuk peranti, Qualcomm juga turut menyediakan cip modem untuk digunakan pada peranti mudah-alih. Malah, sebelum ini, Qualcomm turut menawarkan modem mereka untuk digunakan pada telefon pintar keluaran Apple.

Walaubagaimanapun, untuk iPhone akan datang pada tahun ini, Apple tidak lagi akan menggunakan cip modem keluaran Qualcomm. Perkara ini disahkan oleh Qualcomm hari ini melalui penyata kewangan mereka yang terkini.

Ini sekaligus bermakna Apple mungkin menggunakan cip keluaran Intel atau pihak lain pada iPhone akan datang ini.

Desas-desus mengenai Apple akan henti menggunakan cip Qualcomm telah mula kedengaran sejak penghujung tahun lepas, sekaligus membuatkan perhubungan antara kedua-dua pihak agak tegang.

Malah, pada minggu ini, Qualcomm turut telah hadir dengan perbandingan, mengatakan telefon Android menggunakan cip Snapdragon 845 menawarkan kadar kelajuan internet lebih tinggi berbanding iPhone.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd