Carian
Aplikasi AI Benchmark Menanda Aras Kemampuan Kecerdasan Buatan Peranti Android
July 26, 2018 Effi Saharudin

Kecerdasan ialah kata kunci yang digunakan untuk memasarkan peranti di pasaran. Ia didakwa digunakan untuk mengambil gambar yang lebih baik dan memastikan peranti akan sentiasa berfungsi dengan lancar walaupun setelah berbulan digunakan. Tetapi sejauh manakah kemampuan kecerdasan buatan atau kewujudannya pada peranti-peranti pintar di pasaran?

Aplikasi AI Benchmark telah dihasilkan oleh penyelidik di ETH Zurich. Ia akan menanda aras kemampuan kecerdasan peranti pintar menerusi ujian pengenalan imej, pengenalan wajah, rangkaian neural, penambahbaikan kualiti gambar, dan algoritma kenderaan swapandu. Dengan wujudnya aplikasi ini, kemampuan sebenar kecerdasan buatan peranti akhirnya dapat disukat dengan lebih tepat.

Komen