Terkini, Firefox mendapati dan mengaku di mana Chrome adalah lebih pantas dari mereka – iaitu sebanyak lima kali lebih pantas dalam melancarkan YouTube. Oleh yang demikian, Firefox telah menemui satu pemalam “YouTube Classic” – agar melancar YouTube di pelayar web mereka boleh menyaingi Chrome.
YouTube page load is 5x slower in Firefox and Edge than in Chrome because YouTube's Polymer redesign relies on the deprecated Shadow DOM v0 API only implemented in Chrome. You can restore YouTube's faster pre-Polymer design with this Firefox extension: https://t.co/F5uEn3iMLR
— Chris Peterson (@cpeterso) July 24, 2018
Mozilla Firefox adalah pelayar web yang mempunyai banyak ciri dan fungsi serta sekuriti, selain Chrome. Walaupun Chrome menggunakan RAM yang banyak untuk berjalan dengan lancar – ia lebih popular kerana dari segi rekaan antaramuka, kemudahan penyelarian dengan akaun Google dan juga mudah digunakan.
Chrome dikatakan lebih pantas adalah kerana, polimer YouTube direka bentuk semula dan ia bergantung kepada API Shadow DOM v0 yang tidak diimplementasi di dalam Chrome. Oleh itu, pemalam tadi akan membantu Firefox.
Muat Turun: Pemalam YouTube Classic Untuk Mozilla Firefox