Cari @ Amanz

Komputer riba MacBook Pro 2018 dan iMac Pro kedua-duanya dilengkapi cip T2. Pemproses sekunder ini digunakan untuk sistem kekunci penyulitan, mengawal SSD, kamera Face ID dan kawalan ketika boot. Pemilik kedua-dua komputer MacOS terkini Apple ini mula melaporkan masalah komputer yang gagal berfungsi kerana penggunaan cip T2 ini.

Menerusi bebenang laman bantuan rasmi Apple, pemilik melaporkan masalah kernel panic yang menyebabkan komputer terus gagal berfungsi. Ini adalah sama seperti masalah BSOD pada sebuah komputer Windows. Apabila log kernel panic dibuka, masalah dikesan pada Bridge OS yang digunakan oleh cip T2. Masalah ini sebenarnya telah dilaporkan sejak Januari sejurus selepas iMac Pro mula dijual kepada umum.

Pihak Apple masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai masalah ini tetapi ia memburukkan keadaan selepas MacBook Pro 2018 yang dilengkapi pemproses Intel Core i9 mempunyai masalah kepanasan dan kelajuan yang dikekang. Apple segera mengeluarkan tampalan bagi menyelesaikan masalah ini beberapa hari yang lalu.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd