Neffos C9 Dan C9A Diperkenalkan Di Pasaran Malaysia – Peranti Dengan Paparan FullView Pada Harga Bermula RM429

Neffos C9 Dan C9A Diperkenalkan Di Pasaran Malaysia – Peranti Dengan Paparan FullView Pada Harga Bermula RM429

Diterbitkan pada July 26, 2018 oleh .

Disamping peranti Neffos X9, pihak Neffos Malaysia juga dilihat melancarkan dua buah peranti pintar yang hadir pada harga yang cukup murah.

Neffos C9 dan Neffos C9A, ini dilengkapi dengan spesifikasi dalaman yang sama, tetapi hadir dengan beberapa ciri yang sedikit berbeza diantara satu sama lain. Kedua-dua peranti ini dilengkapi dengan paparan FullView pada resolusi HD+ 1440×720, tetapi  pada saiz yang berbeza.

Peranti Neffos C9 dilengkapi dengan skrin bersaiz 5.99 inci, manakala C9A pula hadir dengan skrin bersaiz 5.49 inci. Kedua-dua peranti ini melarikan sistem operasi Android 8.1 Oreo.

Dari segi spesifikasi dalaman, Kedua-dua peranti ini dikuasakan oleh CPU MediaTek MT6739, memori sebanyak 2GB dan juga storan 16GB yang boleh dilanjutkan menggunakan kad microSD. Dalam pada itu, kedua-dua peranti ini juga mempunyai kamera pandang belakang bersaiz 13MP dengan bukaan f2.2.

Satu lagi perbezaan diantara kedua-dua peranti ini ialah kamera hadapannya. Neffos C9 dilengkapi dengan kamera hadapan 8MP, manakala Neffos C9A mempunyai kamera hadapan 5MP. Menarik sekali, kedua-dua peranti ini turut menyokong sistem nyahkunci muka sama yang digunakan pada peranti Neffos X9.

Kedua-dua peranti Neffos C9 dan Neffos C9A ini akan ditawarkan dengan warna Cloud Grey dan Moonlight Silver. Peranti Neffos C9A sudahpun mula dijual di pasaran tempatan pada harga RM429, manakala Neffos C9 akan mula dijual pada penghujung bulan Ogos pada harga RM499.


TIPS & ULASAN