Cari @ Amanz

Peranti Android generasi pertama HTC Dream hanya dilengkapi memori sebesar 256MB. Sedekad sudah berlalu dan kini peranti mercu Android sudah dilengkapi memori sebesar 8GB RAM, Samsung mengumumkan pengeluaran DRAM 16Gb (2 GB) LPDDR4X generasi kedua pertama di dunia yang menggunakan teknologi 10nm untuk kegunaan peranti mercu.

Dengan menggabungkan modul, peranti mercu boleh dilengkapi RAM LPDDR4X sebesar 4,6 dan 8GB. Kelebihan RAM terkini ialah penjimatan penggunaan bateri sehingga 10%, Ketebalan dikurangkan sebanyak 20% membolehkan peranti lebih nipis direka berbanding sedia ada. Ia mengekalkan kadar pemindahan data 4266 Mb/s. Pengilangan modul memori sudah dimulakan dan sedia digunakan oleh peranti mercu generasi hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd