Video Acah Terbaru Samsung Memperlihatkan Ketahanan Bateri Yang Lama Pada Galaxy Note 9

Video Acah Terbaru Samsung Memperlihatkan Ketahanan Bateri Yang Lama Pada Galaxy Note 9

Diterbitkan pada July 26, 2018 oleh .

Samsung bakal melancarkan Galaxy Note 9 secara rasminya pada 9 Ogos kelak. Bersempena dengannya, kini Samsung telah mula hadir dengan beberapa video acah, dan yang diterbitkan hari ini memfokuskan kepada sokongan ketahanan bateri pada peranti berkenaan.

Video acah yang diterbitkan hari ini oleh Samsung memperlihatkan masalah peranti sedia ada yang tidak mempunyai ketahanan bateri lama – sekaligus menganggu ketika anda ingin berkomunikasi pada detik-detik penting.

Ia secara tidak langsung memberikan petanda yang mana Galaxy Note 9 akan menawarkan ketahanan bateri lebih baik dan bertahan lebih lama berbanding sedia ada. Desas-desus sebelum ini memberikan petanda yang mana Galaxy Note 9 akan hadir dengan bateri berkapasiti sehingga 4000mAh bersama dengannya.

Dengan igauan berkaitan bateri yang dihadapi oleh Samsung sebelum ini melalui Galaxy Note 7, semestinya kali ini mungkin mereka lebih berhati-hati supaya masalah sama tidak berulang lagi.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan lebih banyak video acah daripada Samsung untuk Galaxy Note 9 dalam hari-hari akan datang.


TIPS & ULASAN