Telegram Memperkenalkan Telegram Passport – Sokongan Pengesahan Identiti Dengan Mudah

Telegram Memperkenalkan Telegram Passport – Sokongan Pengesahan Identiti Dengan Mudah

Diterbitkan pada July 26, 2018 oleh .

Telegram hari ini telah hadir dengan sebuah ciri baru dinamakan Telegram Passport. Melaluinya, ia ingin membolehkan anda menambah dokumen yang dikeluarkan kerajaan ke identiti anda, dan seterusnya menggunakan ia untuk pendaftaran pada perkhidmatan pihak ketiga lain.

Telegram PassportSeperti ramai sedia maklum, terdapat beberapa perkhidmatan yang memerlukan pengesahan menggunakan dokumen yang dikeluarkan kerajaan seperti kad pengenalan dan passport. Perkhidmatan yang biasanya memerlukan dokumen seumpama ini adalah seperti perbankan, kewangan dan sebagainya.

Dengan adanya Telegram Passport, ia akan membolehkan anda menyimpan dokumen berkaitan pada akaun Telegram anda, dan seterusnya menggunakan ia apabila diperlukan. Hal ini sekaligus memudahkan anda dan tidak memerlukan anda membuat imbasan dokumen berkenaan setiap kali diperlukan.

Telegram turut mengatakan yang mana mereka menggunakan penyulitan penuh dalam memastikan dokumen anda kekal selamat pada perkhidmatan berkenaan.

Buat masa ini, terdapat beberapa perkhidmatan yang telah mula mengintegrasikan sokongan Telegram Passport, dan salah satunya adalah ePayments.com.

Kita mungkin melihat lebih banyak perkhidmatan mengintegrasikan sokongan sama dalam masa terdekat ini.


TIPS & ULASAN