Fortnite Untuk Android Dijangka Dilancarkan Secara Eksklusif Bersama Galaxy Note 9

Fortnite Untuk Android Dijangka Dilancarkan Secara Eksklusif Bersama Galaxy Note 9

Diterbitkan pada July 27, 2018 oleh .

Pada tahun ini, salah satu permainan yang popular dan disebut ramai adalah Fortnite Battley Royale. Ia telah dilancarkan untuk pelbagai konsol dan PC sebelum ini, dan turut ditawarkan untuk pengguna iOS. Walaubagaimanapun, tarikh pelancaran untuk Android masih menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini.

Terkini, melalui laporan baru yang hadir melalui 9to5Google, ia dikatakan Fortnite untuk Android bakal dilancarkan secara eksklusif bersama-sama Samsung Galaxy Note 9 kelak.

Ia dikatakan Samsung akan mempunyai tempoh eksklusif selama sebulan, sebelum ia ditawarkan kepada pengguna peranti Android yang lain. Disamping itu, pengguna Galaxy Note 9 juga dijangka akan menerima beberapa kandungan tambahan secara percuma.

Sekiranya hal ini benar, maka kita akan dapat melihat permua Fortnite dipertontonkan untuk Android pada 9 Ogos ini ketika pelancaran Samsung Galaxy Note 9, dan mungkin menyusul untuk semua pengguna peranti Android sekitar penghujung September atau awal Oktober kelak.


TIPS & ULASAN