Alexa Cast Dilancarkan, Fungsi Cast Audio Dari Amazon
Artikel Berkaitan

Alexa Cast Dilancarkan, Fungsi Cast Audio Dari Amazon

Diterbitkan pada July 27, 2018 oleh .

Cast audio dari telefon pintar kepada mana-mana peranti seperti televisyen pintar, Android TV atau juga pembesar suara pintar sudah lama hadir dalam peranti berhubung Google. Antaranya adalah peranti cast mereka tersendiri seperti Chromecast Audio, Chromecast atau juga barisan Google Home. Kini, Amazon turut hadir dengan fungsi yang sama dengan melancarkan Alexa Cast.

Jika anda memiliki sebuah pembesar suara seperti Echo Dot, Echo, atau mana-mana peranti dengan Alexa aktif – Alexa Cast kini hadir dalam kemaskini firmware terbaru. Ia mengaktifkan fungsi menstrim muzik daripada telefon pintar anda kepada peranti-peranti dengan Alexa tadi.

Walau bagaimanapun, ia hanya berfungsi dengan Amazon Muzik (tiada di Malaysia) dan belum boleh digunakan pada perkhidmatan lain seperti Spotify. Jika ianya adalah eksklusif untuk pengguna Amazon Muzik – tiada gunanya fungsi ini diberikan, kerana banyak lagi alternatif lain yang boleh cast lebih banyak perkhidmatan.


TIPS & ULASAN