Apple Telah Memasarkan Sebanyak 3.5 Juta Apple Watch Pada Suku Kedua 2018

Apple Telah Memasarkan Sebanyak 3.5 Juta Apple Watch Pada Suku Kedua 2018

Diterbitkan pada July 27, 2018 oleh .

Tidak dinafikan Apple Watch adalah peranti boleh pakai yang popular. Pada tahun 2017, Apple Watch mencatat jualan tertinggi. Ekosistem antara iOS dan Watch OS boleh dikatakan baik dan hebat, jika dibandingkan dengan Wear OS. Laporan terkini mendapati, Apple telah memasarkan sebanyak 3.5 Juta Apple Watch pada suku kedua 2018.

Jika dibandingkan dengan pasaran pada tahun lepas, pada waktu yang sama – pasaran Apple Watch ini meningkat sehingga 30%. Ini menjadikan Apple telah memasarkan sebanyak 10 Juta unit Apple Watch secara keseluruhan. Walau bagaimanapun, saham Apple menurun sebanyak 9% – ini disebabkan oleh ciri/fungsi yang hadir dalam peranti boleh pakai dari pesaing seperti FitBit atau Garmin.

Disebabkan itu, Apple menyedari mereka harus mula memasarkan Apple Watch LTE secara global. Keputusan ini dibuat selepas melihat pasaran Apple Watch LTE ini mencapai lebih 250,000 di Asia dan daripada jumlah tersebut –  sebanyak 60% pengguna aktif yang sentiasa berhubung.

Untuk tahun ini, Apple mungkin akan lancarkan Apple Watch dengan saiz skrin yang lebih besar. Melihat pada konsep yang dihasilkan, ia mungkin bersaiz sama – hanya dengan bingkai yang lebih nipis. Sama-sama kita nantikan kehadiran Apple Watch baru.


TIPS & ULASAN