Samsung Galaxy Note 9 Dan Tab S4 Dilaporkan Tidak Memerlukan Dermaga DeX Untuk Menggunakan Fungsi Desktop

Samsung Galaxy Note 9 Dan Tab S4 Dilaporkan Tidak Memerlukan Dermaga DeX Untuk Menggunakan Fungsi Desktop

Diterbitkan pada July 27, 2018 oleh .

Dua dermaga DeX dihasilkan oleh Samsung untuk Note 8, Galaxy S8 dan Galaxy S9. Apabila disambungkan, peranti boleh berubah menjadi sebuah desktop dengan sokongan monitor dan peranti input komputer. Menurut laporan laman Android Galaxys, Galaxy Note 9 dan Tab S4 tidak lagi memerlukan dermaga untuk menggunakan fungsi DeX.

Sebaliknya sambungan wayar HDMI sudah memadai dengan menggunakan penyesuai USB-C ke HDMI. Ini menyerupai sistem Easy Projection yang diperkenalkan oleh Huawei pada Mate 10 tahun lalu. Tiadanya keperluan perkakasan khusus akan memberikan kebebasan kepada pengguna kerana penyesuai USB-C ke HDMI lebih murah berbanding membeli dermaga DeX berasingan.


TIPS & ULASAN