Google Mula Mengharamkan Aplikasi Pelombong Kriptowang Dari Play Store

Google Mula Mengharamkan Aplikasi Pelombong Kriptowang Dari Play Store

Diterbitkan pada July 27, 2018 oleh .

Kegilaan kriptowang dapat dilihat pada penghujung 2017 dengan puluhan mata wang maya dipromosikan. Di Malaysia ia dijadikan umpan skim ponzi yang mengakibatkan kerugian yang besar kepada pelabur. Seperti cendawan tumbuh selepas hujan, aplikasi pelombong kriptowang juga muncul untuk telefon pintar.

Google hari ini akhirnya mengharamkan aplikasi pelombong kriptowang dari Play Store. Pengharaman ini berlaku sebelum selepas Apple melakukan perkara yang sama bulan lalu dari App Store dan Mac Store. Hanya aplikasi pengawal mesin pelombong dan mengesan nilai kriptowang dibenarkan mulai hari ini. Aplikasi pelombong kriptowang sebenarnya tidak berguna pada telefon pintar kerana kuasa memproses yang rendah serta mempercepatkan penggunaan bateri.


TIPS & ULASAN