Cari @ Amanz

Mungkin ramai tidak mengetahui peranti Android pertama iaitu HTC Dream yang dilancarkan pada tahun 2008 hanya dilengkapi 192MB RAM. Kini adalah normal untuk melihat peranti dengan 6GB RAM dan peranti untuk permua dengan 8GB RAM. Dalam masa terdekat kita mungkin melihat telefon pintar dengan 10GB RAM pula dilancarkan.

Oppo dilaporkan akan melancarkan peranti terkini mereka iaitu Oppo R17 Pro. Ia akan dilengkapi memori sebesar 10GB RAM. Jika ini berlaku, dalam masa sedekad sahaja saiz memori yang digunakan pada peranti Android sudah meningkat 52 kali ganda. Dengan RAM yang lebih besar lebih banyak aplikasi dapat dilancarkan serentak.

Berapakah pula saiz RAM pada peranti yang digunakan pembaca Amanz sekarang dan adakah ia mencukupi untuk keperluan harian anda?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd