Harga Kad Grafik Siri NVIDIA Di Bawah Keluaran GIGABYTE Dikemaskini – GeForce GTX 1070 Ti Pada Harga RM1999

Harga Kad Grafik Siri NVIDIA Di Bawah Keluaran GIGABYTE Dikemaskini – GeForce GTX 1070 Ti Pada Harga RM1999

Diterbitkan pada July 27, 2018 oleh .

Jika anda sedang membina komputer baru, atau mahu menaiktaraf komputer anda, GIGABYTE Malaysia baru-baru ini dilihat telah mengemaskini harga kad-kad grafik siri NVIDIA mereka dengan tanda harga yang baru.

Diantara kad-kad grafik yang dikemaskini harganya termasuklah GIGABYTE GeForce GTX 1080 Ti, GIGABYTE GeForce GTX 1070 Ti, GIGABYTE GeForce GTX 1060 6GB dan juga GIGABYTE GeForce GTX 1050 Ti.

Kad grafik GIGABYTE GeForce GTX 1080 Ti versi Black dan White kini dijual pada tanda harga RM3299, GIGABYTE GeForce GTX 1070 Ti pada harga RM1999, GIGABYTE GeForce GTX 1060 pada harga RM1259, manakala kad grafik GIGABYTE GeForce GTX 1050 Ti pula dijual pada harga RM759.

Menurut GIGABYTE, penurunan harga ini adalah tetap, akan tetapi stok untuk kad-kad grafik ini adalah terhad, dan tertakluk kepada ketersediaan stok kedai-kedai yang menjualnya. Jika anda lebih gemar membeli kad-kad grafik ini melalui perkhidmatan atas talian, anda juga boleh membelinya melalui Lazada.

Kebarangkalian besar, pihak GIGABYTE Malaysia ingin mengosongkan inventori mereka untuk ketibaan kad-kad grafik terbaru daripada NVIDIA yang dijangka akan diumumkan tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN