LinkedIn Menambah Sokongan Menghantar Mesej Bersuara Pada Android Dan iOS

LinkedIn Menambah Sokongan Menghantar Mesej Bersuara Pada Android Dan iOS

Diterbitkan pada July 27, 2018 oleh .

Penghantaran mesej bersuara boleh dikatakan sangat popular dikalangan pengguna WeChat, selain turut digunakan pengguna WhatsApp. Kini, pihak LinkedIn turut tidak ingin ketinggalan, dan telah menambah sokongan penghantaran mesej bersuara.

LinkedIn SuaraMelalui sokongan ini, pengguna LinkedIn dengan mudah boleh membalas sesuatu mesej dengan mesej bersuara sehingga satu minit. LinkedIn mengatakan langkah ini akan memudahkan urusan komunikasi, dan membolehkan anda membuat sesuatu penerangan dengan lebih baik berbanding mesej berbentuk teks.

Fungsi permesejan bersuara ini sedang diperkenalkan secara berperingkat untuk pengguna aplikasi LinkedIn di iOS dan Android. Kelak, pengguna juga boleh menerima mesej bersuara melalui web tidak lama lagi.

Bagi anda sendiri, adakah anda akan menggunakan ciri ini, atau anda rasakan ciri ini suatu yang tidak diperlukan pada perkhidmatan sosial LinkedIn?


TIPS & ULASAN