Samsung Memberikan Petanda Galaxy Note 9 Mungkin Hadir Dengan Storan Yang Sangat Besar

Samsung Memberikan Petanda Galaxy Note 9 Mungkin Hadir Dengan Storan Yang Sangat Besar

Diterbitkan pada July 27, 2018 oleh .

Samsung sedia menawarkan peranti dengan pilihan storan sehingga 256GB pada hari ini. Kita mungkin melihat pengeluar peranti dari Korea Selatan berkenaan menawarkan peranti dengan saiz storan lebih besar melalui Galaxy Note 9 kelak.

Melalui video acah terbaru, Samsung memperlihatkan tiada masalah tidak mencukupi ruangan storan melalui Galaxy Note 9 kelak.

Desas-desus sebelum ini memperkatakan yang mana Galaxy Note 9 mungkin hadir dengan pilihan storan sehingga 512GB. Apa pun, seperti biasa, dengan penawaran saiz storan lebih besar, harga jualannya juga akan menjadi sedikit tinggi.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan sehingga 9 Ogos ini untuk melihat apakah yang bakal ditawarkan oleh Samsung pada Galaxy Note 9 ini.


TIPS & ULASAN