Adakah Ini Adalah Harga Jualan Rasmi Samsung Galaxy Note 9 Di Malaysia?

Adakah Ini Adalah Harga Jualan Rasmi Samsung Galaxy Note 9 Di Malaysia?

Diterbitkan pada July 27, 2018 oleh .

Kemaskini : Lazada Malaysia mengatakan yang mana Samsung Galaxy Note 9 masih belum dilancarkan secara rasminya di Malaysia. Oleh kerana itu, harga jualan akhirnya mungkin berubah daripada apa yang dipaparkan pada platform mereka.


Sebelum ini kita telah melihat beberapa harga jualan peranti di Malaysia tertiris melalui laman Lazada jauh sebelum peranti berkenaan dilancarkan secara rasminya. Kini, dengan Samsung yang bakal memperkenalkan Galaxy Note 9 pada 9 Ogos kelak, ia dilihat sekali lagi harga tertiris hadir melalui laman Lazada Malaysia.

Samsung Galaxy Note 9

Melalui apa yang ditemui oleh SoyaCincau di Lazada (yang mana kini seperti telah dipadam atau disembunyikan), dua variasi Galaxy Note 9 disenaraikan, iaitu dengan storan 128GB dan juga 512GB.

Lazada Galaxy Note 9

Daripada apa yang disenaraikan, model Galaxy Note 9 dengan storan 128GB bakal berharga RM4299, sementara model 512GB pula berharga sekitar RM5099. Penyenaraian ini dilakukan melalui akaun kedai-rasmi Samsung di Lazada.

Apa pun, seperti biasa, harga ini mungkin sekadar ujian sahaja buat masa ini, dan mungkin harga jualan akhirnya adalah berbeza.


TIPS & ULASAN