Apple Mempatenkan Peranti Yang Boleh Mengesan Peranti Lain Secara Nirwayar

Apple Mempatenkan Peranti Yang Boleh Mengesan Peranti Lain Secara Nirwayar

Diterbitkan pada July 27, 2018 oleh .

Pengecasan tanpa wayar telah wujud lebih sedekad yang lalu tetapi hanya mula menjadi popular semula selepas digunakan peranti pintar. Apple ialah antara pengeluar yang paling lewat menyokong pengecasan nirwayar dengan pengenalannya tahun lalu. Mereka walau bagaimanapun telah mempatenkan sistem pengecasan nirwayar di antara peranti.

Menerusi paten ini, sebuah MacBook Pro boleh mengecas iPhone dan Apple Watch secara serentak kerana terdapat tiga zon pengecasan terbina pada bahagian meletakkan telapak tangan. Sebuah iPad juga boleh mengecas sebuah iPhone yang diletakkan di atas skrin. Idea telefon pintar mengecas peranti pintar yang lain bukannya baru. Hanya sebelum ini ia memerlukan sambungan berwayar seperti yang disokong oleh peranti yang menyokong USB OTG.


TIPS & ULASAN