edotco Mengambil Alih Tanjung Digital Sdn Bhd – Menjanjikan Infrastruktur Telekomunikasi Yang Lebih Baik Di Negeri Kedah

edotco Mengambil Alih Tanjung Digital Sdn Bhd – Menjanjikan Infrastruktur Telekomunikasi Yang Lebih Baik Di Negeri Kedah

Diterbitkan pada July 27, 2018 oleh .

edotco, sebuah syarikat yang dikenali untuk pembinaan infrastruktur telekomunikasi, telah melengkapkan pengambil-alihan syarikat Tanjung Digital Sdn Bhd dengan pembelian 80 peratus kepentingan didalam syarikat tersebut pada hari ini, berjumlah RM140 juta.

Dengan pengambil-alihan ini, ia dilihat bahawa edotco bakal mengembangkan infrastruktur telekomunikasi mereka ke negeri Kedah dalam masa yang terdekat ini, dan akan menambahkan lagi jumlah menara telko mereka yang kini berjumlah 225 buah di seluruh Malaysia.

Menurut Wan Zainal Adileen, Ketua Pegawai Serantau edotco, jumlah menara telko di Kedah adalah jauh lebih rendah daripada purata kebangsaan, dan ini merupakan satu masalah untuk syarikat-syarikat telko di negeri tersebut kerana ia bermakna mereka tidak boleh memberi liputan yang menyeluruh bukan sahaja untuk para pengguna, tetapi juga untuk bisnes-bisnes yang bergantung kepada liputan telko yang baik untuk menjalankan perniagaan mereka.

Dengan ini, diharap liputan rangkaian suara dan data di negeri Jelapang Padi ini akan semakin meningkat dan menjadi lebih baik tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN