Program startup Grill or Chill (GoC) dalam edisi ini bertujuan untuk menyerlahkan usahawan wanita, sambil berkongsi impak yang dihasilkan melalui kreativiti dan inovasi. Ini juga untuk menggalakkan lebih ramai wanita muncul dan menyumbang ke arah pembangunan ekonomi. Program ini telah menampilkan 6 startup wanita yang berbeza skop perniagaannya.
Ternyata keenam-enam startup ini memiliki latarbelakang yang berbeza berserta skop keusahawanan dibawa oleh mereka.
YourDesignJuice.com – YDJ
YDJ adalah laman yang menjadi platform kepada semua pereka seni rekaan dalam mempamerkan koleksi mereka kepada pengguna. Mereka mewujudkan pasaran dalam talian yang dipanggil YDJ Marketplace untuk menyediakan pereka berbakat di seluruh dunia sebagai platform untuk mencipta, menyumbang dan berkongsi aset reka bentuk digital dalam masyarakat. Platform ini membantu pereka dan profesional kreatif untuk belajar, berkembang dan berhubung dengan dunia dengan mempromosikan bakat mereka.
- Layari: YourDesignJuice
Camdy
Camdy adalah pasaran hadiah yang terkenal. Pembeli dapat mencari pelbagai produk yang inovatif, unik dan unik di bawah satu bumbung. Ia juga merupakan platform di mana penghasilan kreatif dan usahawan yang berminat boleh mempamerkan produk mereka ke dunia. Permulaan kini dihubungkan dengan lebih 400 perniagaan kreatif kecil dengan kira-kira 3000 hadiah / produk hadiah yang unik. Pembeli boleh berasa bebas untuk menghubungi penjual terus dengan permintaan atau pertanyaan melalui platform dan menyampaikan pemikiran mereka kepada orang yang tersayang.
- Layari: Camdy
KiddoCare
KiddoCare adalah agensi yang menawarkan perkhidmatan dalam penjagaan anak-anak. Perkhidmatan ini akan dibawa ke persekitaran rumah anda untuk keselesaan maksimum anak anda dan anda boleh terus menikmati aktiviti harian anda dengan keyakinan.
Sebagai ibu bapa, ia adalah semulajadi untuk berasa khuatir akan keselamatan anak-anak. Namun KiddoCare mempunyai sekuriti yang telah tersedia didalam aplikasi mereka semasa melakukan penempahan perkhidmatan.
- Layari: KiddoCare
Pink Collar
Pink Collar merupakan platform agensi perkhidmatan pekerja untuk mereka yang berminat menjadi pembantu rumah mengikut kriteria dan kelayakan yang telah ditetapkan. Malah, latihan inisiatif akan diberikan kepada setiap pekerja. Sekali gus, dapat mengurangkan kadar penindasan terhadap skop kerja pembantu rumah ini dengan majikan mereka.
- Layari: Pink Collar
Active 60
Fokus utama Active 60 adalah kepada golongan pesara. Apa yang menarik, fokus ini ditujukan kepda pesara dalam menjana pendapatan berdasarkan kemahiran mereka sendiri. Malah, buat anda yang tidak tahu Active 60 turut menawarkan pembelajaran kemahiran kepada pesara merujuk kepada pengalaman mereka sendiri. Selain itu, Active 60 turut menganjurkan beberapa program dan mengadakan aktiviti mingguan bersama pesara untuk peningkatan kemahiran mereka.
- Layari: Active60
Blackbox Solutions
Blackbox Solutions merupakan startup yang menawarkan perkhidmatan seperti aplikasi telekomunikasi, pembangunan sistem dan integrasi untuk pusat hubungan dan perkhidmatan konsultan terhadap teknologi secara profesional kepada syarikat yang memerlukan. Tujuan utama mereka adalah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi secara terus mengikut permintaan yang dibuat oleh syarikat. Penyelesaian ini dapat dilakukan secara terus tanpa memerlukan pihak ketiga.
- Layari: Blackbox Solutions
Turut hadir selaku pakar industri berkenaan keusahawanan adalah Fadhilah Nizar – Pengasas JEIWA, Elaine Lockma – Pengarah Ata Plus dan Renuka Sena – Pengarah Proficeo bagi program startup ini. Program GoC ini secara tidak langsung dapat menemukan rakan-rakan usahawan industri yang lain dalam suasana santai pada akhir sesi.