Seperti dijangka pelbagai maklumat mengenai Samsung Galaxy Note 9 akan tertiris ke arena web seperti empangan pecah apabila kita semakin ke tarikh pelancarannya. Kali ini imej pengolokan rasmi stylus S-Pen dan pelbagai kerangka telah tertiris menerusi laman Winfuture.
Stylus S-Pen nampaknya hadir dalam empat warna iaitu kuning, hitam, merah jambu dan coklat. Rekaan kerangka yang tertiris pula ialah Protective Standing Cover, S View Cover dan satu folio yang diperbuat daripada kulit. Memandangkan rekaan Note 9 telahpun tertiris lebih awal, kesemua rekaan kerangka hari ini sekadar mengesahkan lokasi pengimbas cap jari yang disusun semula. Untuk melihat kesemua rekaan kerangka yang tertiris sila ke pautan di bawah.