Honor Note 10 Disahkan Bakal Hadir Dengan Bateri 5000mAh

Honor Note 10 Disahkan Bakal Hadir Dengan Bateri 5000mAh

Diterbitkan pada July 27, 2018 oleh .

Honor kini telah hadir dengan gambar poster acah untuk Honor Note 10, sekaligus mengesahkan yang mana telefon pintar dengan skrin besar yang terbaru tersebut bakal hadir dengan bateri berkapasiti 5000mAh.

Honor Note 10

Honor bakal melancarkan Honor Note 10 ini secara rasminya pada 31 Julai 2018 kelak. Mengikut apa yang tertiris sebelum ini, Note 10 ini bakal hadir dengan skrin bersaiz 6.95-inci Super AMOLED, dijana cip Kirin 970, dan memori sehingga 6GB RAM.

Seperti biasa, kita mungkin melihat lebih banyak info rasmi hadir ke arena web dalam masa beberapa hari ini, atau nantikan 31 Julai ini untuk melihat pengumuman rasminya kelak.


TIPS & ULASAN