Jepun dilanda bencana yang buruk sejak empat minggu yang lalu yang sehingga kini telah mengorbankan 225 nyawa. Bagi yang terselamat, proses membina semula harta benda yang rosak akan menelan belanja yang banyak. Bagi mengurangkan beban pengguna, Apple menawarkan perkhidmatan baik puluh percuma untuk peranti yang rosak akibat bencana alam ini.
Tawaran baik pulih percuma diberikan untuk komputer Mac, iPhone, Apple Watch, iPad, iPod, dan Apple Display sahaja. Tiada penawaran baik pulih untuk aksesori audio seperti AirPods, AirPods dan Beats. Program baik pulih percuma ini akan diberikan sehingga penghujung September sahaja.
Ini bukan kali pertama program seperti ini ditawarkan kepada mangsa bencana alam. Sebelum ini ia ditawarkan oleh Apple kepada mangsa Ribut Harvey di Amerika Syarikat. Di Malaysia Samsung dan Acer menawarkan perkhidmatan yang sama kepada mangsa banjir Pulau Pinang 2017.