Carian
LG
LG V35 Signature Edition Akan Dilancarkan Pada Harga Mencecah RM7000
July 28, 2018 Effi Saharudin

Harga jualan telefon pintar semakin meningkat kerana penggunaan teknologi terkini dan fungsi tambahan yang diperlukan. LG Signature Series ialah keluarga peranti yang mempunyai binaan premium dan ditawarkan di Korea Selatan. Menurut laporan laman Asiae, LG V35 Signature Edition akan dilancarkan di Korea Selatan bulan Ogos ini pada harga KRW 2,000,000 (~RM 7289).

LG V35 Signature Edition ialah sebuah V35 ThinQ yang dikesmakini. Ia mengekalkan skrin 6-inci P-OLED QHD+, dijana pemproses Snapdragon 845, memori sebesar 6GB RAM dan storan 256GB. Perbezaan yang dilakukan ialah ia akan mempunyai tubuh seramik yang kalis calar. Seperti LG V30 Signature Edition tahun lalu, LG V35 Signature Edition akan dilancarkan dalam jumlah yang terhad.

Komen