Cari @ Amanz

Honor Play akan dilancarkan di Malaysia minggu hadapan. Peranti untuk permua ini dilengkapi pemproses Kirin 970 dan sistem GPU Turbo yang meningkatkan kemampuan grafik. Di China, Honor Play Special Edition  akan dilancarkan 1 Ogos ini dengan rekaan panel belakang yang lebih ranggi.

Rekaan grafik yang kelihatan futuristik dihasilkan menerusi proses ukiran laser. Ia menyerupai apa yang dilihat pada panel belakang ASUS ROG Phone. Dua warna akan ditawarkan iaitu merah dan hitam. Dari segi spesifikasi tiada perbezaan di antara versi ini dan versi standard. Harga jualan peranti ini ialah RMB 2499 (~RM 1490) sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd