Pemain YouTube Kini Berubah Mengikut Nisbah Skrin Video Yang Dimuat Naik

Pemain YouTube Kini Berubah Mengikut Nisbah Skrin Video Yang Dimuat Naik

Diterbitkan pada July 29, 2018 oleh .

Nisbah skrin video berubah-rubah sejak kemampuan rakaman video disertakan pada telefon mudah alih. Nisbah paling popular ialah 16:9 tetapi wujud juga 4:3. 18:9 dan 9:16 sekiranya anda merakam dari posisi menegak. Selama ini pemain YouTube akan memaparkan palang hitam pada sisi video-video yang tidak menggunakan nisbah skrin 16:9. Kini pemain pada Web sudah mula mengikut nisbah skrin video asal .

Pemain berubah secara dinamik dan tiada lagi palang hitam. Menonton video muzik era 90an misalnya kini menggunakan pemain dengan nisbah skrin 4:3. Video menegak  juga dipaparkan secara penuh. Perubahan pemain YouTube web ini dilakukan selepas perkara yang sama dilakukan pada versi aplikasi. Pengalaman menonton video di YouTube kini lebih sekata tanpa mengira platform.


TIPS & ULASAN