Buku Nota Dengan Pengimbas Cap Jari Mengunci Rahsia Kandungan Yang Ditulis

Buku Nota Dengan Pengimbas Cap Jari Mengunci Rahsia Kandungan Yang Ditulis

Diterbitkan pada July 30, 2018 oleh .

Pengimbas cap jari digunakan pada telefon pintar bagi mengunci kandungan digital yang tersimpan di dalamnya. Kini terdapat juga mangga yang menggunakan teknologi biometri ini. Maka tidak mengejutkan ia akhirnya digunakan pula pada sebuah buku nota dengan kandungan analog.

FPLife Lockbook dilengkapi pengimbas cap jari pada bahagian sisi. Ia hanya boleh dibuka selepas mengenalpasti cap jari pemilik. Bateri sebesar 160mAh yang digunakan memastikan sistem pengimbas dapat bertahan sehingga dua bulan. Ia boleh dicas semula menggunakan kabel mikroUSB.

Sistem ring binder yang digunakan pula membolehkan muka surat ditambah atau dikeluarkan mengikut keperluan. Sekiranya kehabisan muka surat, tiada masalah menggantikannya dengan kertas kosong baharu. Buku nota dengan pengimbas cap jari ini dijual pada harga $79 (~RM 320) sebuah.


TIPS & ULASAN