Walmart Dilaporkan Mengambil Masuk Mark Greenberg Untuk Membina Perkhidmatan Penstriman Video Mereka Sendiri

Walmart Dilaporkan Mengambil Masuk Mark Greenberg Untuk Membina Perkhidmatan Penstriman Video Mereka Sendiri

Diterbitkan pada July 30, 2018 oleh .

Perkhidmatan penstriman video bukanlah sesuatu yang baru, dengan pelbagai pilihan di pasaran antarabangsa, seperti Netflix, Hulu, Amazon Prime Videos, HBO dan sebagainya.

Tech Crunch melaporkan bahawa Walmart, diantara rangkaian kedai barangan runcit yang terbesar di Amerika Syarikat berminat untuk membina perkhidmatan penstriman video mereka sendiri dengan pengambilan bekas CEO Epix, Mark Greenberg. Epix merupakan sebuah syarikat pembekal rangkaian kabel yang terkemuka di Amerika Syarikat.

Ini bukanlah kali pertama Walmart sedang cuba untuk berjinak di dalam arena ini. Pada tahun 2010, syarikat tersebut dilihat mengambil alih Vudu, iaitu syarikat penyewaan dan pembelian video atas talian.

Perkhidmatan yang ingin dibina oleh Walmart ini lebih menyerupai Netflix dan Hulu berbanding dengan Vudu, dan dikatakan akan hadir dengan harga langganan mampu milik yang boleh dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat.

Buat masa ini, ia juga dikatakan bahawa pelan ini masih berada di dalam fasa perbincangan. Buat masa ini, Walmart ataupun Mark Greenberg masih tidak mengatakan apa-apa berita konkrit mengenai perkhidmatan penstriman video tersebut.


TIPS & ULASAN