Cari @ Amanz

Pada minggu lepas, Google telah melancarkan Android P Beta terakhir dengan API yang stabil. Ini bermakna, kemaskini seterusnya adalah Android P versi stabil. Sistem operasi Android ini kini menerima port untuk Asus Zenfone Max Pro M1.

Seperti mana-mana tutorial flash ROM  asas – pastikan anda telah menyahkunci bootloader dan juga memasang TWRP.

Langkah-Langkah

  1. Muat turun fail Generic System Image (GSI) di sini.
  2. Muat turun vendor, boot, firmware dan Magisk di sini.
  3. Extract fail GSI dan semua fail vendor+boot zips.
  4. Pindahkan semua fail ke dalam root peranti.
  5. Anda akan temui firmware-X00TD.zip, flash fail ini.
  6. Lakukan wipe system, dalvik-cache, cache, data dan vendor.
  7. Melalui TWRP > Install > pilih Image > flash P_DP5_A_only.img
  8. Kemudian flash vendor.img di bahagian Install > Vendor dan boot.img pada Install > Boot.
  9. Selesai.

Pepijat Yang Hadir

  1. Audio ketika membuat panggilan telefon tidak berfungsi, ia hanya berfungsi selepas reboot kali kedua.
  2. Tetapan akaun Google tidak berfungsi – pasang .APK ini untuk teruskan.
  3. Ikon kad sim 1 dan kad sim 2 bertukar. Sim 1 adalah Sim 2, manakala Sim 2 adalah Sim 1.
  • Info
  • AMARAN: Sistem operasi ini adalah beta yang diport daripada ROM untuk Pixel. Oleh itu ia tidak beberapa stabil. Lakukan atas risiko sendiri. Pastikan anda tahu apa yang anda lakukan.
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd