Tesla Dilihat Menjual Papan Luncur Dengan Rekaan Khas – Berharga RM6000

Tesla Dilihat Menjual Papan Luncur Dengan Rekaan Khas – Berharga RM6000

Diterbitkan pada July 30, 2018 oleh .

Tesla terkenal untuk kenderaan-kenderaan elektrik mereka, dan disamping itu, aksesori-aksesori menarik yang juga berguna. Terkini, mereka dilihat hadir dengan sebuah perkakasan baru yang digunakan khusus di atas permukaan air.

 

Syarikat tersebut dilihat mula menjual papan luncur edisi terhad untuk harga $1500 (RM6000). Papan luncur ini direka bersama-sama dengan syarikat Lost Surfers yang terkenal untuk membuat papan-papan luncur yang digunakan oleh atlet peluncur profesional di seluruh dunia.

Papan luncur tersebut diperbuat daripada gentian karbon “Black Dart”, dan hadir dengan kemasan sama yang digunakan Tesla pada kenderaan-kenderaan mereka, dan juga logo Tesla.

Apabila laman web pra-tempah untuk papan luncur ini dibuka, laman tersebut dilihat menghadapi masalah untuk diakses, kebarangkalian besar kerana ramai orang dilihat mahu menempah sebuah papan luncur tersebut.

Ia dikatakan bahawa Tesla hanya membuat 200 buah papan luncur ini, dan kesemuanya sudahpun habis dibeli apabila laman web tersebut kembali beroperasi beberapa jam kemudian. Buat masa ini


TIPS & ULASAN